Semangat + Semangat + Semangat Lagi !!!

Posted: Friday, April 30, 2010 by Unknown in
0

Assalamualaikum w.b.t ...

Dah hampir pukul 3 pagi ni. Tapi mata aku ni, still tak mengantuk. Sedangkan esok, pukul 8 pagi, dah kena turun ke Court Bola Jaring @ Dataran Nilam ... bukan ada perhimpunan beb, tapi esok ada "small tournament" between QM dan Marketing. Fuhhh!! (Aku tak reti pun nak main, tapi dah diajak kan?? Dapat jadi pom2 gurl, sudaa...!! hahahaha....).

Tapi tak apa, aku semangat nak siapkan blog baru aku ni jugak, sebelum ni pun, aku dah ada blog, The Day After Tomorrow. Tapi blog tu, lebih kepada info-info astronomi. Aku berkongsi dengan masyarakat tentang ilmu falak. Dan blog ni, lebih kepada kehidupan aku seharian sebagai seorang mahasiswa dan boleh juga dipanggil sebagai anak perantau. Jauh beb, dari bumi Terengganu ke Negeri Sembilan nih ; bukan dari Gong Pasir ke Bukit Bauk (orang Dungun je tau kat mana tempat nih, hik3). Tapi tak semua hal yang aku akan story kat korang. Mana yang rasa patut, aku akan story laa.

Hhhmm.. tak sabar rasanya nak tengok tournament tu esok. Aku akui, budak-budak QM ni memang talented semuanya. Pantang ada aktiviti, semua nak bolot, semua nak involve.. huhuhu.. aktif la diorang ni.. bagus2!! So, for all of you guys, do da best tomorrow morning.. okay?? QM BOLEH!! ngeh3 ...=D

Nite ALL!! Aku dah ngantuk gile beb.. SALAM ... zzzzzZZZZZzzzz ...

0 comments: