el-Bahhar via Google Groups ...

Posted: Tuesday, May 25, 2010 by Unknown in
0

MyLine oh MyLine ...

Huhuhu ... assigments datang lagi. Baru ni, aku dah cuba siapkan MyLine tuk English. Lepas settle tuk tu, aku terlupa pulak yang aku ada lagi 1 assigment tuk Bahasa Arab. Aku tak berapa nak faham dan tahu sangat kalau kot Arabic ni. Better than English. Hehehe.. bukan nak cakap aku ni terror English tapi not bad laa.. ok la sikit... nak faham tu, kira laju la sikit dari Arabic..=)

Dalam task tu, actually macam MyLine jugak. Tapi for overall A/ELSP 3rd Session ni, agak boring pada aku akan module2 nya. Just having for reading (tuk English) and kalau tuk Bahasa Arab pulak buat Insya' tuk Munazoroh etc ... huhuhu.. kadang rasa mengantuk tapi tahan. Aku rasa class kali ni, iman aku kuat tuk lawan nafsu mengantuk. Aku salut akan diriku.. hik3...


El-Madina Newspaper ...


Task yang kena buat ...

Persoalan hari ni : Macam mana aku nak hadapi esok hari .... ??? takut, malu, berdebar2??? huhuhuhu .....

Kebahagiaan dalam Perpisahan ...

Posted: Sunday, May 23, 2010 by Unknown in
0

Muahahaha... hari ini aku melayan perasaan sikit.

Semalam, aku duk syok tengok cite Perigi Kontang. Memang best!! Tak ade la takut sangat pun, cuma aksi yang dilakonkan Fasha Sandha tu, agak ekstrem sikit bagi aku. Time die nak lakukan proses gugurkan baby, mula2 aku tak expect la yang die nak wat gitu. Duk pusing2 aje keliling mangsa tu, sekali dah puas pusing, ade ke patut die lanyak perut mangsa tu???? huh!! perut aku pulak terasa sakit... aaarrrgghhh...!! hehehe... feel lebey pulak...

Duk syok tengok cite tu, aku saje nak ngusik budak kecik. Aku nak suruh die tengok cite tu, memang best kalau layan nak dekat tengah2 malam tu. Hahahaha ... 1x, aku tanye die, ingatkan die tengok, rupa2nya, die g tengok konsert final AF.. huhu.. takut la tu. Aku memang dah tak amik kesah dah pasal AF ni, dah berape session aku tak amik tahu. Tak silap aku, lepas AF 4 kot, terus aku tinggal. Tak de lah sampai fanatik tapi juz amik tahu sikit2 aje.. hehehe...


Bile budak kecik cakap si Shahir tu menang, teringin gak aku nak tahu lagu single die malam tu. Pagi tadi aku try search kat Youtube & 4 shared. Kot2 lagu nye ade, memang dah ade pun. Aku pun ape lagi, download aje r.. hehehe.. memang best! Agak meremang bulu roma aku. Bila aku search lirik die, hhmm... leh tahan... penuh makna.. lirik die senang nak hayati ... layaaannn!!!

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Istiwa Azam @ 28 Mei 2010 ...

Posted: Saturday, May 22, 2010 by Unknown in
2

Masihkah kau ingat ??

Hhmm... duk belek2 diari aku tadi, terpandang catatan yang sememangnya by yearly la aku akan buat. Which is istiwa azam ; yang akan berlaku pada 28 Mei ni. Fenomena ni la yang pada pendapat aku, pada orang yang tak ade basic ilmu falak pun leh buat. Memang simple yang amat !! You can try by your own ... hehehe... betol aku cakap, dalam banyak2 aktiviti falak ni, yang ni r kire pada aku, expert giler r kalau nak wat ...=D

Kalau tak belajar di UDM dulu, aku tak akan tahu sampai sekarang macam mane nak tentukan arah kiblat ; kat tempat belajar, asrama mahupun rumah sendiri. Tapi lepas dapat tahu care2 nye, dapat la aku buat sendiri. By da way, let me introduce to you what Istiwa Azam is ... ok??

Istiwa azam ialah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit Ka'abah ketika melintasinya. Ianya berlaku 2x dalam setahun iaitu :

  • 28 Mei (5.16 petang)
  • 16 Julai (5.28 petang)

Actually, korang leh ingat dengan mudah je tarikh2 ni. Kalau 28 Mei (5.16 pm) then, 16 Julai (5.28 pm). Tertukar waktu ?? Tak kan punye sebab korang leh ingat 2 no terakhir kat waktu pada setiap tarikh tu. Senang dan mudah ... kan??


Kaedah penyemakan :
  1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya
  2. Pastikan tiang tersebut lurus dan tegak
  3. Tempatyang dilipih untuk menyemak arah kiblat adalah terlindung dari sinaran matahari
  4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang dintunjukkan oleh tiang berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana Matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.
  5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang bendera, tiang lampu dan sisi rumah yang diykini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.
Jangan pulak ade yang keliru bila isu nak menyemak arah kiblat ni diuar2kan yang mana arah kiblat sentiasa berubah. Ini semua tak benar. Ka'abah tu berubah ke??? Tak kan?? Ianya tetap & statik. Kita je yang merubah. Oleh itu, kiblat tidaklah berubah.


Yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat ni ialah bagi mereka yang tak pernah lagi buat atau mencuba ataupun mungkin hanya untuk sekadar buat research. Pada yang dah pernah buat sebelum ni, untuk menyemak kembali seandainya ada keraguan dan kekeliruan, itu adalah perlu.

So, mane2 yang ade kelapangan dan berminat untuk mencuba kaedah istiwa azam ini, boleh la mencubanya. Tak susah... ALLAH S.W.T kurniakan sesuatu ilmu itu untuk kita tuntut dan tak rugi untuk kita dalaminya dan yang pasti ianya bukanlah suatu ilmu yang sia-sia.

Yang mana sebelum ni, sudah beranggapan bahawa kiblat di tempat anda tinggal adalah benar, dan pada hakikatnya adalah ................. ??? hhhmm.. apa kate guna kaedah ini bagi menghilangkan perasaan zhon tersebut ... ok?? Ini juga adalah untuk menjaga kemaslahatan ummat seluruhnya dan orang yang terdekat dan disekeliling kita utamanya ... =)

Rindu kat Balai Cerap ...

Posted: Friday, May 21, 2010 by Unknown in
0


Balai Cerap KUSZA, Merang Setiu, Terengganu

Bila lagi la aku dapat berkunjung lagi ke Balai Cerap KUSZA ye? Kalau dulu, sepanjang 3 tahun menuntut ilmu di UDM, balai cerap tulah menjadi tempat aku release stress aku. Gerak petang, then balik belah malamnye. Kalau mencerap dekat2 senja... waaahh!! bez betol!! Time cerapan hilal, dapat join ngan staf2 Jabatan Mufti Negeri ; K.ma ... aaarrggghhh... rindu nyee!!


mereka2 yang aku rindui ...


Pak Hassan with K.ma (kiri) and K.yus (jabatan mufti)


Antara krew2 Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang akan join untuk cerapan hilal


K.mar la ni ... tapi side tepi ... tak nampak la plak .. mama, bee ape kabo ??? hik3


Yang duduk tu, En Mat (serius seyh!!, tunggu bulan), yang pakai vest tu la Pak Hassan

To my lovely balai cerap's friends... bee, nurul, shuhada, k.raja, k.dekna, k.yus, daus, k.g, k.aida, rashid, k.nisak, k.eja, k.mar (ramai lagi actually, kalau sebut nih, xcukup page.. hehehe...) and not forget to all KASTRO members' dan geng2 Program Sijil Falak sesi Mei 2009/2010... huhu.. i miss u all!!


Antara pelapis2 KASTRO ....


pandangan dari atas ... ni baru separuh, separuh lagi ..???


Time ni, lawatan ke Melaka pastu kat mane lagi ntah, tak ingat dah ... banyak sangat!!


Seronok betol dapat g sane. Banyak pengalaman sebenarnye. Bukan rase penat aje bile nak daki balai cerap tu, tapi ............................. hhhmmm ..................... macam-macam la yang ade. Paling best, bile dah sampai kat pintu masuk, tengok sebelah kiri, dapat tengok bukit bucu a.k.a piramid mesir malaysia ... hua3 ... tak kan dapat punye kat tempat lain !!


Ni la Bukit Bucu ... haa ... amacam ?? Cantik kan ??

Teringat kat En Lan, En/Dr. Baha, En Mat, En. Rahim, En. Hirman dan tak lupe jugak tuk Pak Hassan yang sentiase ade di hati. Selalu ade bile time cerapan. Selain En/Dr. Baha yang sibuk tuk buat persiapan sebelum cerapan dan orang yang paling sibuk especially tatkala cerapan hilal baru, bile dah nampak hilal tu, haaa.... dengar seruan En/Dr. Baha dulu .... tengok2!! anak bulan dah ade ...!! Pak Hassan pun, ape lagi ... haa.. jom2!! tengok ... tu2.. kat situ...!! hahahaha... ke hulu ke hilir, itulah keje diorang...


Mase ni, selepas cerapan Hilal Ramadhan 1431 H (lepas maghrib, buat cerapan malam jap) @ Dataran Khawarizmi


Persiapan sebelum mencerap ...


En. Mat bersama krew Jabatan Mufti Terengganu


Kalau nak cite pasal balai cerap nih, memang tak kan abes... yang pasti memang bez! sape2 yang belum pernah berkunjung lagi ke Balai Cerap ni, sila2 kan lah... hehehe... (tolong promote!!). Walaupun aku dah jauh di bumi terengganu, especially kat balai cerap ni ... namun semua kenangan yang tercipta tak dapat aku lupakan. Walau jauh di mata namun dekat dihati ... kawan2!! ade rezeki nanti, jom p balai cerap pulak ... buat reunion ke ?? ek ??? :-)


Really miz KASTRO very much !!!

Nota Cinta untukMu ...

Posted: Sunday, May 16, 2010 by Unknown in
0

Nota Cinta ini khas untukMu ....

Andainya dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat dirinya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang dia tahu
Kasih dan Cintanya aku
Menjalin ikatan
Menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya padaNya
Kasihku tulus buatNya
Setiaku balas kasihNya
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatNya
Akurku kebesaranNya
Teragung Maha Sucinya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasihNya
Tak pernah akan musnah
Belas rahmatNya
Terus mencurah-curah
Nur hidayahNya
Semakin cerah


Meeting yang "Cancel" ....

Posted: by Unknown in
0

Semalam, dah nak pukul 10:05pm, aku dapat message dari Zara :

" dari penyelaras cfest : Slm.shbt2ku skalian pengarah2 progrm n ktua2 unit.meeting brsma bndhri usim akn diadkn pd ESOK hari d bilik msyuarat HEP jam 10 pg.klu xdpt hdir, m0h0n hntr WAKIL.cari tahun 1 yg tgh shortsem pn xpa.surat pngecualian kelas akan dsdiakan,, "


Waaarrrgghhh!! Meeting lagi!!

Actually, aku sebenarnya baru plan nak draft budget tuk proposal seminar falak aku tuk sem depan. Hari ni, adalah hari yg terbaik tuk aku setelkan semua hal tu. buat budget ni, korang ingat senang ke?? Main draft2 je ek?? Huhuhu.. korang silap tuh. Payah laa.. dalam banyak2 part dalam buat proposal, yang inilah aku paling lemah. Nasib baik Mathematics aku dapat A1!! Hehehe...

Duk bincang punya bincang semalam, untill pukul 1 lebih jugak la, sehinggakan kerja English aku terbengkalai, akhirnya, dapat jugak tuk aku siapkan kerja tu. Target yang dibuat kena mencapai matlamat. Alang2 buat, biarlah buat sampai siap!! Huhuhu... Bincang tu bukan tuk apa pun, kebanyakan ahli dalam organisasi tu terdiri daripada student Tahun 1 jugak. tapi ramai yang involve tuk MASUM dan jadi atlet. Then, yang tak ada pape hal pun, tak nak g!! (Toing3x!!!).


Last2, aku pun kena g jugak ...

Yang confirmnye, aku ngan c-bah je. Tak kan aku terkedek2 nk g berdua je?? Dah la tak tau pape sangat. Sekali Tuan Bendahari USIM tanye kitorang baru tau!! SENYAP!!! Dari meeting pagi tadi, tetibe plak dapat tau yang tunda ke petang plak. 2.30 pm.. pastu, dapat plak call dari Zara, yang Ana cakap, meeting tu, kite tak payah g. Muhaimin akan g.. Waaahhh.. ape lagi aku. Hoorrayy laa.. Meeting "CANCEL"... Bukan ape pun, bukan tak nak bagi komitmen, tapi aku paling lemah kalau dapat news yang on da spot. Pastu, tak de preparation ape2.. Ni bukan jalan keje yang aku suke ... huhuhuhu...



Adah & Che Su ...

Posted: Thursday, May 13, 2010 by Unknown in
0

Tanggal 12 mei 2010, reunion kecil-kecilan yang dibuat secara tidak rasmi telah diadakan.. Hahaha.. skema giler ayat siot!!


Hakikatnye, aku nak ke KL hari tu, sebab nak beli kasut a.k.a sandal ..etc sebab kasut aku tuk pakai g kuliah, semuenye dah rosak!! putus!! tak de ape dah ... huhuhu.. sedey sangat!! Dah la size kaki aku ni, memang "mudah sangat" nak dapat!! tak dapat tak, kene pegi kat Semua House @ Jalan TAR. Begini la nasib kalo orang yang bersaiz kaki beso nih.. huhuhu...


Duk capture ape saje di setiap side stesen Bank Negara


Walaupun penat, tapi still dapat senyum... hehehe..


Signboard pulak ...


Posing lagi ...

Alhamdulillah, kebetulan adah & che sue ade datang KL, ape lagi... jumpe la diorang sekali. Then, ajak diorang pusing2 KL & temankan aku cari kasut. Puas hati akhirnye, aku dapat kasut tu. Tunggu punye adah & che su, agak lame laa.. pukul 2 lebih jugak baru sampai. Deal tuk jupe kat Komuter Bank Negara.


Penantian suatu penyeksaan, akhirnye mereka sampai jgk. Adah still tersekat time nak punch tiket komuter.. hehehe


"Jejak Kasih"an.. hehehe..

Duk puas bertanya khabar masing2, ape lagi, kitorang teruskan perjalanan ke SOGO. Makan dulu laa. Lunch lewat giler. Perut pun dah memang terlalu lapar.. huk3.. Aku mengidam nak makan claypot. Sampai2 je kat food court, suruh la budak2 ni pilih, nak makan ape.. suke hati korang laa.. last2, ape yang aku makan, semue ikut nak makan. Duk beratur panjang... Hahaha...


Claypot & Sizzling @ SOGO


Sukenye dapat makan dalam tanah liat... hehehe..


Chicken rice with mushroom special ... tak abes aku makan sebab keraknye banyak yang amat!! huhuhu...


Suke sangat Ana, bile dapat makan Yee Mee die nih...

Lepas makan, ape lagi, jalan2 la.. cari kasut aku pulak. Tak jauh pun, belakang SOGO je. Che su & Hajar dah pelik tengok aku bile aku jalan paling depan and lead diorang sepanjang ke KL tu. Che su tanye : "Ira eyh, awok ni oghe ganu ko, oghe KL??" Hahaha... aku jawab.. bukan.. 2-2 bukan.. aok tahu kome jawab pe.. "PAHANG!!" hik3


Posing2 atas eskelator ...


Assalamualaikum madam!!! Muahaha...


Adah berdiri macam nak nyanyi lagu negaraku .. kih3

Bile dah dapat semuanye, sibuk pulak bergambar kat stesen, sebelum balik. Sempat lagi, walaupun duk bersesak ngan warge KL yang baru balik dari keje. huhuhu... memang macam sardin!! padat!!


Dalam Kenangan ...

To Adah & Che su, thanx a lot 4 coming to see us. Insyaallah, ade rezeki, panjang umor, kite jupe lagi. !!!


Anggerik oh Anggerik, Acasia oh Acasia ....

Posted: Friday, May 7, 2010 by Unknown in
0


Exam dah lepas, now, it's time to pindah-pindah barang pulak... Huhuhuhu...


Kehidupan baru bakal bermule setelah setahun pengajian telah berjaye ditamatkan. Hua3.. aku akan merasa sgt letih mlm ni, sbb aku akan angkat brg2 aku turun dan naik sebanyak berape kali pun aku tak tahu. Waaarrrggghh!! Mesti penat giler... For 1st 2 months, aku akan tinggal di rumah sewa Acasia. Then, after that, I'll move to my "new house" at Anggerik.

Duk kemas2 barang. Teringat pulak kat "diorang". Hehehe...

Mak ngan ayah tak call lagi nih. Rindu pulak. Nak call kejap lagi la kot. Nak wish SELAMAT HARI IBU jugak. Aku konpius Mothers' Day ni. Aku ingat semalam. Rupe2nye, esok. Hampeh tol. Nasib baik aku tak wish lagi. Hehehe...


Hhhhmm.. dalam tempoh dua bulan ni, aku tak tahulah macam mane kehidupan aku. Nak mengharungi class LSP lagi. Amat boring. Just 2x seminggu je sampai 2 bulan!! Ya ALLAH!! Nak buat ape?? Plannye nak cari tempat2 tuisyen kat sini. Leh mengajar anak2 Nilai ni. Tak kisahlah ngajar ape pun. Jangan Add Math sudah!! Aku memang tak ingat dah!! Setakat English, Mathematics ke Science ke.. Hehehe... ade income jugak.. But, I'm still thinking of it... I've to ask my parents and all those stuff...




Berakhirnya Tahun 1 ...

Posted: Thursday, May 6, 2010 by Unknown in
0

Maka, berkahirlah pengajian Tahun 1 dalam Pengajian Quran dgn Multimedia !!!

Perasaan merasa bebas setelah mengharungi liku2 hari peperiksaan ; dengan tak tidur malamnya, study yang agak pulun dan sebagainya, dah selesai. Hari terkahir exam yg ditunggu2 telah pn berlalu. Ada yg excited bagai nak rak, ade yang biasa2 je, dan ada jgak yang macam sugul je. Macam2 gaya yg aku nampak kat stadium tadi. Huhuhu...


Walau apepun, korang dah buat yg terbaik. Aku dapat tahu pulak, result maybe akan keluar dalam area 25 or 26 hb Mei ni. Tapi tak tahulah tu. Kena dapatkan information yang betul la. Aku cuma dengar ura2 aje.


So, for the next step adalah untuk mengharungi LSP (Language Support Programme for English & Arabic) selame lebih kurang 2 bulan jgk. Dah la kuliahnye 2x seminggu je. Students lain diorang leh cover hari2 lain dengan kuliah short sem. Aku sedang memikirkan, apekah pekerjaan yang sesuai untuk aku lakukan sepanjang 2 bulan yg agak lengang bagi aku. Nak balik ganu, tak dapat. Berjauhan lagi dgn orang2 tersayang. Terkilan ... tapi tak mengape, name pun perantau. Kena berkorbanlah segala2nya. Demi menuntut ilmu...

Tapi, ape yg duk berlegar2 di kepalaku sekarang adalah matlamat tertinggi aku.

Nak berulang alik dari rumah ke campus untuk mendapatkan kelulusan 2 proposal penting untuk takwim aktiviti sem depan!! Fuuhhh!! mcm mane ni?? Minta ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan. Programnye agak besar, budget pun of kros la besar kan?? Huhuhu.. so, ape2 hal, perkemaskan lagi sikit proposalnye, then leh terus jumpe dekan!! Yeay!!

WISH ME LUCK GUYS!!


Sekadar Lelaki Biasa ...

Posted: Monday, May 3, 2010 by Unknown in
0

Menghayati bait-bait lagu dari band nasyid terbaru, Feelhoney. Agak terlayan perasaan aku dengan alunan lagu dan lirik tu. Penghayatan pada lirik lagu tu, membuatkan aku terifikir, tentang tingginya harapan seorang lelaki terhadap wanita yang mana menjadikan wanita itu adalah sandaran cinta yang terbaik dan peneman hidup untuk menemani kaum Adam sepanjang hidup mereka.

".. Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan

Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan

Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati

Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...

Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa

Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya ..."

Perkahwinan adalah suatu adalah suatu inti atau permulaan bagi membentuk sesebuah institusi kekeluargaan. Setiap manusia mempunyai hasrat untuk membentuk keluarga dan melahirkan zuriat-zuriat yang baik. Dan sejak dari kewujudan Nabi Adam A.S lagi, ALLAH S.W.T telah mengajarkannya berbagai perkara. Antaranya adalah mengajar pergaulan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan wanita melalui PERKAHWINAN sebagai penjamin martabat kemanusiaan.

Perkahwinan ini juga bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa meletakkan agama ISLAM sebagai tempat tertinggi. Ciri-ciri yang patut dimiliki oleh setiap pasangan perlu menjadi syarat agar rumah tangga yang bakal dibina berkekalan selamanya. Yang lelakinya mahukan yang seperti ini, yang wanitanya mahukan seperti itu dan ini dan sebagainya. Tidak salah memilih. Bagi lelaki, ada panduan disediakan oleh mereka.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud :

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat "

Dalam lirik lagu ini menceritakan bahawa, hasrat Adam terhadap Hawa yang mana mengharapkan hubungan mereka ditakrifkan sebagai halal disisi agama terhalang setelah mengetahui dirinya tidak setaraf atau tidak dapat dibandingkan kelebihan yang ada padaHawa. Dengan sifat luhur, budi pekerti yang baik dan keimanan yang ada pada Hawa membuatkan Adam merasa merendah diri dengan keupayaan diri dan mengangggap jahil pada pandangan mata Hawa. Mengakui dirinya adalah SEKADAR LELAKI BIASA. Mungkin Hawa menjadi miliknya tetapi sekadar di dalam khayalan. Bukannya di dunia yang nyata.

Ketidakmampuan dan keraguan Adam meluahkan perasaan cinta, kasih dan sayang pada Hawa membuatkan Adam terus berdoa, memohon pada ALLAH S.W.T, agar impian untuk memiliki seorang bidadari syurga dimakbulkanNya. Namun, doa Adam itu diteruskan dengan memohon pada Tuhan Maha Pencipta agar doa kebahagiaan mengiringi sepanjang hidup Hawa.


Indah jika cinta itu datang kepada kita. Namun, jika kita tidak menghargai, memilihara dan menjaganya nescaya rosak dan hilanglah cinta. Tidak salah untuk bercinta. Bercintalah dengan sesiapa pun. Cinta pada manusia, cinta pada ilmu, cinta pada alam sekitar cinta pada haiwan. Bercintalah. Namun perlu diingat bahawa, cinta itu semua adalah cinta yang hanya sementara dan tidak kekal untuk selamanya. Apakah cinta yang paling sejati? CINTA ALLAH lah lebih bermakna dan kekal abadi.

Seperti bait2 lagu INTEAM :

"... Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi ... "

Jangan melebihi dan melampaui batasan seandainya cinta itu menguasai diri. Jangan lupa pada ibu bapa, jangan lupa pada diri sendiri, pada rakan-rakan seperjuangan dan yang paling penting jangan lupa pada Pemberi Kurnia Cinta itu sendiri iaitu ALLAH yang Maha Agung. Besar sungguh nikmat yang ALLAH S.W.T kurniakan pada hamba-hambaNya.


Bijak mengendalikan perasaan. Jangan terlalu hanyut dibuai rasa indah cinta. Kebanyakan pasangan yang sedang dilamun cinta tidak memikirkan keadaan manusia disekelilingnya. Berpegangan tangan sedangkan perhubungan itu belum lagi ditakfsirkan sebagai HALAL disisi Islam. Berpelukan ditempat awam bersama pasangan yang bukan muhrim. Kononnya sayang, takut diusik orang! Kalau aku peluk dia, takde lah orang lain ambik. Dia selamat dalam dakapan aku! Huh!! Meluat aku dengar. Semua tu bohong!! Menunjuk2 pada khalayak umum bahawa "Akulah Kekasihmu" Huhuhu... (Emo ke?? tak kan?? Hehehe..)


Jika anda sayang dengan perhubungan yang dibina. Jagalah dengan baik. Seandainya mahu mendapat keberkatan dari ALLAH terutamanya, ibubapa juga perlu. Demi menjaga kemaslahatan diri dan masyarakat. Berpeganglah kepada agama, nescaya anda akan dirahmati.

Syair Qalbi ...

Posted: by Unknown in
0


Duk tilik2 kat website 4shared.com tadi, teringin nak menambah koleksi lagu2 nasyid. Aku try la search lagu Hafiz Hamidun ; Syair Qalbi. Hehehehe.. dapat jugak. Dengar sekali, cam tak bez. 2,3 x dengar, bez plak. Ape lagi, layaannn!! Duk putar2 lagu same ni kang, tak lame, meletup jugak laptop ku ini. Tak nak aku. Sudahh!!

Next song plak, cari lagu Rabbani. Diorang ade wat kuar album baru. Mahabbah. 1st aku dengar lagu Mahabbah ngan Nurul Iman, time aku tengok diorang wat show kat TV9. Hhmm.. Lagu Nurul Iman tu, OST untuk drama Nurul Iman. Aku tak sure, rasenye drama kot. Hero die mamat Iraq. Aku lupe name ape. Tapi kalo heroin die.. haaaa... Farra Adeeba!! Aku cam cuak giler dah. Mesti bez kalau die berlakon. Cerite die aku rase cam ala2 Nur Kasih gitu. Tak sabar nak tengok. Tapi tak tahu bile die nak publish. Lagu Mahabbah pun bez. Walaupun Allahyarham Ust Asri dah takde, tapi diorg still dapat perform dengan baik. Salut!!


Bez sangat aktiviti hari ni, duk download itu, download ini. Takde exam ke aku ni esok?? Hahahaha.. ade la makcik. Hari Khamis & Jumaat. Paper pe?? Paper English ngan Business. Tak ketahuan la aku kenapa malas sangat nak study!! Huhuhu... mentang2 la semuenye objektif. Tak leh au... walopun dibagi pilihan, kena study jugak la.. Camne nak dapat result bagus kalau malas je kerjenye?? Tak leh, tak leh!!