AL-FATIHAH :Semoga Tenang Di Sana ...

Posted: Tuesday, June 29, 2010 by Unknown in
0

Agak terkejut tatkala aku mendapat panggilan dari adik lelaki ku. Dengan keadaan menangis teresak2, perlahan2 dia bertanya kepada aku : ..." De, tau dah ke?", Aku membalas : ..."Tau pe?", Lantas, "... Mat dah meninggal ... ". Kelu, tak dapat nak berkata apa2 selain lafaz kalimah INNALILLAHI WAINNA ILAHI RAJI'UN ....!!!

Berita yang aku dapat jam 5 petang tadi, masih lagi tidak dapat mengurangkan kesedihan aku setelah semalam juga aku dan rakan2 yang lain mengetahui tentang pemergian bonda tercinta kepada classmate kami semenjak di UDM dulu, Mohd Ezzat ; yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 10 pagi semalam di Kuala Lipis, Pahang akibat kanser saraf yang sudah lama dihidapinya. Bertubi2 berita kematian yang aku terima. Dan kesemua berita ini, tak disangka dan mengejut !!!

Kalau diikutkan hati, mahu je aku nak balik terus ke Dungun. Tapi apakan daya, hajat tak kesampaian. Aku masih berada di Nilai, Menguruskan hal2 yang masih lagi terbengkalai sebelum aku pulang ke kampung. Tapi tak bermakna aku tak akan pulang untuk menghadiri kenduri tahlil arwah dan menziarahi makam arwah di sana. Aku akan pulang bersama Angah pada Khamis malam ini ke Dungun dari Shah Alam. Memang plan kami untuk balik ke Dungun hujung minggu ni sebelum aku dan Angah akan kembali pada 4hb ke Shah Alam. Aku pula akan pulang ke Nilai untuk meneruskan kembali kursus aku sehingga lah bukanya semester baru. Kesempatan yang ALLAH berikan pada aku, amat aku hargai !! Syukur Ya ALLAH !! Walaupun ianya hanya seketika ...

Sepupu lelaki yang amat rapat dan ceria dalam famili ku [ Sebelah ayah ] , tetiba pergi sekelip mata. Tanpa sebarang petanda dan pesan. Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah ketika aku ke rumahnya pada pertengahan Mei baru2 ni. Masa itu, arwah balik ke kampung. Pada masa yang sama, arwah dalam cuti sakit. Dua jari arwah nyaris2 putus ketika bekerja.


Huhuhu ... siapa sangka, dalam usia muda sebegitu, Allah Maha Esa lebih menyayanginya. Kami redha, pasrah. Setiap yang bernyawa, pasti akan kembali dan menemui ajalnya. Firman ALLAH S.W.T :

" ... Dan ALLAH sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan ALLAH Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan ... "

[ Surah Al-Munafiqun, ayat 11 ]

Arwah dianggap penghibur bagi seluruh keluarga. Seorang yang periang, ramah dengan seluruh ahli keluarga. Kadang membuatkan aku terfikir, adakah orang2 yang ceria, periang dan boleh menghiburkan hati orang lain dulu yang akan kembali menemui Yang Maha Satu ?? Cukuplah keceriaan yang diberikan kepada seluruh kaum kerabat di dunia dan selebihnya di akhirat ?? Huhuhu ....

Sesungguhnya apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya, Munkar dan Nakir menjadi temannya, Kubur menjadi temoat tinggalnya, Hari Kiamat menantinya, dan syurga atau neraka tempat kembali ....

Semoga roh Allahyarham Wan Ahmad Saifuddin bin Wan Musa dan Bonda kepada Mohd Ezzat [ maaf, tak tahu nama bondanya ] tenang di sisiNya dan ditempatkan di tempat orang2 yang beriman ... AL-FATIHAH


0 comments: