Menghitung Waktu ...

Posted: Friday, June 11, 2010 by Unknown in
0


Semenjak 2,3 hari ni, asyik fikirkan tentang diri sendiri jep. Fikir lepas abes belajar (sedangkan ade 2 tahun lagi pengajian). Mungkin sesetengah orang ambil remeh je benda ni. Awal lagi nak fikirkan perancangan tu. Rilek2 la der ... huhuhu .. tapi pada aku, tu semuanya dalam perancangan yang meliputi jangka panjang dan pendek aku dalam hidup.


Runsing pun ade, kadang2 tenang aje. Kadang2 rase risau. Lepas abes studi nak sambung MA plak. Ade pulak yang bertanya, "kau tak boring ke?? Asyik belajar aje?? Nikah la der ... Bina family sendiri pulak!! " Huh !! ingat senang ke nak kawen ?? Pakai duit jugak woo .... ingat pakai pe ?? Air liur ?? Owwhh !! Tidaaaaaaakkk !!! Nak kawen kena la ade calon, ingat senang2 je leh grab orang tepi2 jalan ?? Calon pun tak de lagi ... Nak kawen camne der ?? huhuhu ...


Firman ALLAH S.W.T :

" Dan berkahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang soleh dari hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka kekayaan dari limpah kurniaNya kerana ALLAH S.W.T Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaya), lagi Maha Mengetahui " ...
[ Surah An-Nur ayat : 31]

Sabda Rasulullah S.A.W :

Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku, "

[ Hadis Bukhari & Muslim ]

Terbukti bahawa perkahwinan ni adalah suatu perkara yang baek. Dan yang paling penting ciri2 suami yang nak dijadikan suami itu perlu diteliti dengan betol2. Yang boleh membimbing aku sepanjang nak melayari alam perkahwinan sehinggalah kepada keturunan2 aku yang laen. Tak semudah itu untuk berkahwin dan dikahwini. Waaahh ... ayat jiwang disitu ...


Tapi tak mengape, aku tak kisah seandainya jodoh belum lagi aku temui buat mase sekarang .. Apa yang penting, aku nak kejar cita2 aku dulu. Utamakan family yang paling penting .. Seandainya ade, aku terima .. Aku percaya pada Qadha & Qadar ALLAH S.W.T ... Jodoh & pertemuan di tanganNya ...


Sekarang ni, aku dah buat survey kat mane2 univerisiti untuk aku sambung ke peringkat MA. Walaupun masih awal tapi ini membuatkan aku untuk lebih bersedia pada masa akan datang. Teringin nak jejak kan kaki ke bumi Brunei Darussalam. Dapat sambung belajar ke UBD (Universiti Brunei Darussalam) pun dah ok ... Walaupun dekat, tapi kira2 nya dapat lah aku ke sane.


Pilihan pun dah buat ... Dalam negara ade, oversea pun ade ... teringin nak ke tempat orang .. Nak belajar hidup kat tempat orang .. Nak hidup berdikari di bumi orang ... tapi diizinkan ke oleh parents aku ?? disebabkan takde yang menemani ?? kawan2 ??? Mahupun suami ??? Huhuhu ... tidak pade suami - calon tak de !! :-)

Menghitung waktu aku di buatnya. Tapi sekarang, matlamat aku adalah belajar seperti biase .. go on with da smooth steps !! InsyaALLAH , ALLAH's always be by my side ... Show me the truth way ALLAH ... !!



0 comments: