Menghitung Waktu ...

Posted: Friday, June 11, 2010 by Unknown in
0


Semenjak 2,3 hari ni, asyik fikirkan tentang diri sendiri jep. Fikir lepas abes belajar (sedangkan ade 2 tahun lagi pengajian). Mungkin sesetengah orang ambil remeh je benda ni. Awal lagi nak fikirkan perancangan tu. Rilek2 la der ... huhuhu .. tapi pada aku, tu semuanya dalam perancangan yang meliputi jangka panjang dan pendek aku dalam hidup.


Runsing pun ade, kadang2 tenang aje. Kadang2 rase risau. Lepas abes studi nak sambung MA plak. Ade pulak yang bertanya, "kau tak boring ke?? Asyik belajar aje?? Nikah la der ... Bina family sendiri pulak!! " Huh !! ingat senang ke nak kawen ?? Pakai duit jugak woo .... ingat pakai pe ?? Air liur ?? Owwhh !! Tidaaaaaaakkk !!! Nak kawen kena la ade calon, ingat senang2 je leh grab orang tepi2 jalan ?? Calon pun tak de lagi ... Nak kawen camne der ?? huhuhu ...


Firman ALLAH S.W.T :

" Dan berkahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang soleh dari hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka kekayaan dari limpah kurniaNya kerana ALLAH S.W.T Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaya), lagi Maha Mengetahui " ...
[ Surah An-Nur ayat : 31]

Sabda Rasulullah S.A.W :

Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku, "

[ Hadis Bukhari & Muslim ]

Terbukti bahawa perkahwinan ni adalah suatu perkara yang baek. Dan yang paling penting ciri2 suami yang nak dijadikan suami itu perlu diteliti dengan betol2. Yang boleh membimbing aku sepanjang nak melayari alam perkahwinan sehinggalah kepada keturunan2 aku yang laen. Tak semudah itu untuk berkahwin dan dikahwini. Waaahh ... ayat jiwang disitu ...


Tapi tak mengape, aku tak kisah seandainya jodoh belum lagi aku temui buat mase sekarang .. Apa yang penting, aku nak kejar cita2 aku dulu. Utamakan family yang paling penting .. Seandainya ade, aku terima .. Aku percaya pada Qadha & Qadar ALLAH S.W.T ... Jodoh & pertemuan di tanganNya ...


Sekarang ni, aku dah buat survey kat mane2 univerisiti untuk aku sambung ke peringkat MA. Walaupun masih awal tapi ini membuatkan aku untuk lebih bersedia pada masa akan datang. Teringin nak jejak kan kaki ke bumi Brunei Darussalam. Dapat sambung belajar ke UBD (Universiti Brunei Darussalam) pun dah ok ... Walaupun dekat, tapi kira2 nya dapat lah aku ke sane.


Pilihan pun dah buat ... Dalam negara ade, oversea pun ade ... teringin nak ke tempat orang .. Nak belajar hidup kat tempat orang .. Nak hidup berdikari di bumi orang ... tapi diizinkan ke oleh parents aku ?? disebabkan takde yang menemani ?? kawan2 ??? Mahupun suami ??? Huhuhu ... tidak pade suami - calon tak de !! :-)

Menghitung waktu aku di buatnya. Tapi sekarang, matlamat aku adalah belajar seperti biase .. go on with da smooth steps !! InsyaALLAH , ALLAH's always be by my side ... Show me the truth way ALLAH ... !!



el-Bahhar via Google Groups ...

Posted: Tuesday, May 25, 2010 by Unknown in
0

MyLine oh MyLine ...

Huhuhu ... assigments datang lagi. Baru ni, aku dah cuba siapkan MyLine tuk English. Lepas settle tuk tu, aku terlupa pulak yang aku ada lagi 1 assigment tuk Bahasa Arab. Aku tak berapa nak faham dan tahu sangat kalau kot Arabic ni. Better than English. Hehehe.. bukan nak cakap aku ni terror English tapi not bad laa.. ok la sikit... nak faham tu, kira laju la sikit dari Arabic..=)

Dalam task tu, actually macam MyLine jugak. Tapi for overall A/ELSP 3rd Session ni, agak boring pada aku akan module2 nya. Just having for reading (tuk English) and kalau tuk Bahasa Arab pulak buat Insya' tuk Munazoroh etc ... huhuhu.. kadang rasa mengantuk tapi tahan. Aku rasa class kali ni, iman aku kuat tuk lawan nafsu mengantuk. Aku salut akan diriku.. hik3...


El-Madina Newspaper ...


Task yang kena buat ...

Persoalan hari ni : Macam mana aku nak hadapi esok hari .... ??? takut, malu, berdebar2??? huhuhuhu .....

Kebahagiaan dalam Perpisahan ...

Posted: Sunday, May 23, 2010 by Unknown in
0

Muahahaha... hari ini aku melayan perasaan sikit.

Semalam, aku duk syok tengok cite Perigi Kontang. Memang best!! Tak ade la takut sangat pun, cuma aksi yang dilakonkan Fasha Sandha tu, agak ekstrem sikit bagi aku. Time die nak lakukan proses gugurkan baby, mula2 aku tak expect la yang die nak wat gitu. Duk pusing2 aje keliling mangsa tu, sekali dah puas pusing, ade ke patut die lanyak perut mangsa tu???? huh!! perut aku pulak terasa sakit... aaarrrgghhh...!! hehehe... feel lebey pulak...

Duk syok tengok cite tu, aku saje nak ngusik budak kecik. Aku nak suruh die tengok cite tu, memang best kalau layan nak dekat tengah2 malam tu. Hahahaha ... 1x, aku tanye die, ingatkan die tengok, rupa2nya, die g tengok konsert final AF.. huhu.. takut la tu. Aku memang dah tak amik kesah dah pasal AF ni, dah berape session aku tak amik tahu. Tak silap aku, lepas AF 4 kot, terus aku tinggal. Tak de lah sampai fanatik tapi juz amik tahu sikit2 aje.. hehehe...


Bile budak kecik cakap si Shahir tu menang, teringin gak aku nak tahu lagu single die malam tu. Pagi tadi aku try search kat Youtube & 4 shared. Kot2 lagu nye ade, memang dah ade pun. Aku pun ape lagi, download aje r.. hehehe.. memang best! Agak meremang bulu roma aku. Bila aku search lirik die, hhmm... leh tahan... penuh makna.. lirik die senang nak hayati ... layaaannn!!!

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Istiwa Azam @ 28 Mei 2010 ...

Posted: Saturday, May 22, 2010 by Unknown in
2

Masihkah kau ingat ??

Hhmm... duk belek2 diari aku tadi, terpandang catatan yang sememangnya by yearly la aku akan buat. Which is istiwa azam ; yang akan berlaku pada 28 Mei ni. Fenomena ni la yang pada pendapat aku, pada orang yang tak ade basic ilmu falak pun leh buat. Memang simple yang amat !! You can try by your own ... hehehe... betol aku cakap, dalam banyak2 aktiviti falak ni, yang ni r kire pada aku, expert giler r kalau nak wat ...=D

Kalau tak belajar di UDM dulu, aku tak akan tahu sampai sekarang macam mane nak tentukan arah kiblat ; kat tempat belajar, asrama mahupun rumah sendiri. Tapi lepas dapat tahu care2 nye, dapat la aku buat sendiri. By da way, let me introduce to you what Istiwa Azam is ... ok??

Istiwa azam ialah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit Ka'abah ketika melintasinya. Ianya berlaku 2x dalam setahun iaitu :

  • 28 Mei (5.16 petang)
  • 16 Julai (5.28 petang)

Actually, korang leh ingat dengan mudah je tarikh2 ni. Kalau 28 Mei (5.16 pm) then, 16 Julai (5.28 pm). Tertukar waktu ?? Tak kan punye sebab korang leh ingat 2 no terakhir kat waktu pada setiap tarikh tu. Senang dan mudah ... kan??


Kaedah penyemakan :
  1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya
  2. Pastikan tiang tersebut lurus dan tegak
  3. Tempatyang dilipih untuk menyemak arah kiblat adalah terlindung dari sinaran matahari
  4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang dintunjukkan oleh tiang berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana Matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.
  5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang bendera, tiang lampu dan sisi rumah yang diykini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.
Jangan pulak ade yang keliru bila isu nak menyemak arah kiblat ni diuar2kan yang mana arah kiblat sentiasa berubah. Ini semua tak benar. Ka'abah tu berubah ke??? Tak kan?? Ianya tetap & statik. Kita je yang merubah. Oleh itu, kiblat tidaklah berubah.


Yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat ni ialah bagi mereka yang tak pernah lagi buat atau mencuba ataupun mungkin hanya untuk sekadar buat research. Pada yang dah pernah buat sebelum ni, untuk menyemak kembali seandainya ada keraguan dan kekeliruan, itu adalah perlu.

So, mane2 yang ade kelapangan dan berminat untuk mencuba kaedah istiwa azam ini, boleh la mencubanya. Tak susah... ALLAH S.W.T kurniakan sesuatu ilmu itu untuk kita tuntut dan tak rugi untuk kita dalaminya dan yang pasti ianya bukanlah suatu ilmu yang sia-sia.

Yang mana sebelum ni, sudah beranggapan bahawa kiblat di tempat anda tinggal adalah benar, dan pada hakikatnya adalah ................. ??? hhhmm.. apa kate guna kaedah ini bagi menghilangkan perasaan zhon tersebut ... ok?? Ini juga adalah untuk menjaga kemaslahatan ummat seluruhnya dan orang yang terdekat dan disekeliling kita utamanya ... =)

Rindu kat Balai Cerap ...

Posted: Friday, May 21, 2010 by Unknown in
0


Balai Cerap KUSZA, Merang Setiu, Terengganu

Bila lagi la aku dapat berkunjung lagi ke Balai Cerap KUSZA ye? Kalau dulu, sepanjang 3 tahun menuntut ilmu di UDM, balai cerap tulah menjadi tempat aku release stress aku. Gerak petang, then balik belah malamnye. Kalau mencerap dekat2 senja... waaahh!! bez betol!! Time cerapan hilal, dapat join ngan staf2 Jabatan Mufti Negeri ; K.ma ... aaarrggghhh... rindu nyee!!


mereka2 yang aku rindui ...


Pak Hassan with K.ma (kiri) and K.yus (jabatan mufti)


Antara krew2 Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang akan join untuk cerapan hilal


K.mar la ni ... tapi side tepi ... tak nampak la plak .. mama, bee ape kabo ??? hik3


Yang duduk tu, En Mat (serius seyh!!, tunggu bulan), yang pakai vest tu la Pak Hassan

To my lovely balai cerap's friends... bee, nurul, shuhada, k.raja, k.dekna, k.yus, daus, k.g, k.aida, rashid, k.nisak, k.eja, k.mar (ramai lagi actually, kalau sebut nih, xcukup page.. hehehe...) and not forget to all KASTRO members' dan geng2 Program Sijil Falak sesi Mei 2009/2010... huhu.. i miss u all!!


Antara pelapis2 KASTRO ....


pandangan dari atas ... ni baru separuh, separuh lagi ..???


Time ni, lawatan ke Melaka pastu kat mane lagi ntah, tak ingat dah ... banyak sangat!!


Seronok betol dapat g sane. Banyak pengalaman sebenarnye. Bukan rase penat aje bile nak daki balai cerap tu, tapi ............................. hhhmmm ..................... macam-macam la yang ade. Paling best, bile dah sampai kat pintu masuk, tengok sebelah kiri, dapat tengok bukit bucu a.k.a piramid mesir malaysia ... hua3 ... tak kan dapat punye kat tempat lain !!


Ni la Bukit Bucu ... haa ... amacam ?? Cantik kan ??

Teringat kat En Lan, En/Dr. Baha, En Mat, En. Rahim, En. Hirman dan tak lupe jugak tuk Pak Hassan yang sentiase ade di hati. Selalu ade bile time cerapan. Selain En/Dr. Baha yang sibuk tuk buat persiapan sebelum cerapan dan orang yang paling sibuk especially tatkala cerapan hilal baru, bile dah nampak hilal tu, haaa.... dengar seruan En/Dr. Baha dulu .... tengok2!! anak bulan dah ade ...!! Pak Hassan pun, ape lagi ... haa.. jom2!! tengok ... tu2.. kat situ...!! hahahaha... ke hulu ke hilir, itulah keje diorang...


Mase ni, selepas cerapan Hilal Ramadhan 1431 H (lepas maghrib, buat cerapan malam jap) @ Dataran Khawarizmi


Persiapan sebelum mencerap ...


En. Mat bersama krew Jabatan Mufti Terengganu


Kalau nak cite pasal balai cerap nih, memang tak kan abes... yang pasti memang bez! sape2 yang belum pernah berkunjung lagi ke Balai Cerap ni, sila2 kan lah... hehehe... (tolong promote!!). Walaupun aku dah jauh di bumi terengganu, especially kat balai cerap ni ... namun semua kenangan yang tercipta tak dapat aku lupakan. Walau jauh di mata namun dekat dihati ... kawan2!! ade rezeki nanti, jom p balai cerap pulak ... buat reunion ke ?? ek ??? :-)


Really miz KASTRO very much !!!

Nota Cinta untukMu ...

Posted: Sunday, May 16, 2010 by Unknown in
0

Nota Cinta ini khas untukMu ....

Andainya dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat dirinya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang dia tahu
Kasih dan Cintanya aku
Menjalin ikatan
Menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya padaNya
Kasihku tulus buatNya
Setiaku balas kasihNya
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatNya
Akurku kebesaranNya
Teragung Maha Sucinya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasihNya
Tak pernah akan musnah
Belas rahmatNya
Terus mencurah-curah
Nur hidayahNya
Semakin cerah


Meeting yang "Cancel" ....

Posted: by Unknown in
0

Semalam, dah nak pukul 10:05pm, aku dapat message dari Zara :

" dari penyelaras cfest : Slm.shbt2ku skalian pengarah2 progrm n ktua2 unit.meeting brsma bndhri usim akn diadkn pd ESOK hari d bilik msyuarat HEP jam 10 pg.klu xdpt hdir, m0h0n hntr WAKIL.cari tahun 1 yg tgh shortsem pn xpa.surat pngecualian kelas akan dsdiakan,, "


Waaarrrgghhh!! Meeting lagi!!

Actually, aku sebenarnya baru plan nak draft budget tuk proposal seminar falak aku tuk sem depan. Hari ni, adalah hari yg terbaik tuk aku setelkan semua hal tu. buat budget ni, korang ingat senang ke?? Main draft2 je ek?? Huhuhu.. korang silap tuh. Payah laa.. dalam banyak2 part dalam buat proposal, yang inilah aku paling lemah. Nasib baik Mathematics aku dapat A1!! Hehehe...

Duk bincang punya bincang semalam, untill pukul 1 lebih jugak la, sehinggakan kerja English aku terbengkalai, akhirnya, dapat jugak tuk aku siapkan kerja tu. Target yang dibuat kena mencapai matlamat. Alang2 buat, biarlah buat sampai siap!! Huhuhu... Bincang tu bukan tuk apa pun, kebanyakan ahli dalam organisasi tu terdiri daripada student Tahun 1 jugak. tapi ramai yang involve tuk MASUM dan jadi atlet. Then, yang tak ada pape hal pun, tak nak g!! (Toing3x!!!).


Last2, aku pun kena g jugak ...

Yang confirmnye, aku ngan c-bah je. Tak kan aku terkedek2 nk g berdua je?? Dah la tak tau pape sangat. Sekali Tuan Bendahari USIM tanye kitorang baru tau!! SENYAP!!! Dari meeting pagi tadi, tetibe plak dapat tau yang tunda ke petang plak. 2.30 pm.. pastu, dapat plak call dari Zara, yang Ana cakap, meeting tu, kite tak payah g. Muhaimin akan g.. Waaahhh.. ape lagi aku. Hoorrayy laa.. Meeting "CANCEL"... Bukan ape pun, bukan tak nak bagi komitmen, tapi aku paling lemah kalau dapat news yang on da spot. Pastu, tak de preparation ape2.. Ni bukan jalan keje yang aku suke ... huhuhuhu...