Benda dah nak jadi ...

Posted: Saturday, May 1, 2010 by Unknown in
0



Hhmm.. kadang, bila dah dipesan banyak kali, tapi still kita tak ingat kan?? biasa lah, manusia. Nama pun manusia. Makhluk yang selalu lupa dan selalu perlu diberi peringatan setiap masa.

Firman ALLAH S.W.T : Surah Al-Asr ayat 3


إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Maskudnya : Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan pada kesabaran.

Serba ringkas mengenai tafsiran ayat di atas.

Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal.

Marilah kita sama-sama memerhati makna Al-Asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

Pesanan yang diberi bukan hanya meliputi apa yang diberi oleh ibu bapa kita, rakan terdekat (jauh mahupun dekat) tapi sepanjang tempoh perjalanan kita di sekolah, univeristi atau tempat kerja sekalipun, diambil kira. Pesanan yang diberikan sebenarnya, bukanlah sesuatu yang sia-sia untuk diperkatakan tapi ianya memberi impak yang berguna dimasa akan datang supaya kita lebih berjaga-jaga agar sesuatu yang tak diingini akan berlaku pada kita.

Jika diberi satu contoh terdekat.

Anda telah diberi nasihat oleh penysarah anda. Sekiranya anda tidak sihat, demam atau sebagainya ketika final exam, hendaklah diinformkan kepada beliau atau sahabat2 anda mahupun kepada pegawas peperiksaan. Namun sesetengah daripada kalangan manusia kita ini ada yang beranggapan bahawa sakit itu susah untuk datang kepada anda dan berfikir bahawa ianya tak kan berlaku pada diri anda. Jadi, anda cuba mengenepikan kata2 dan pesanan pensyarah anda itu.

Dan tiba pada hari peperiksaan, anda jatuh sakit. Dan anda tidak memberitahu seorang pun tentang ketidakhadiran anda ke dewan peperiksaan. Sehinggalah di akhir peperiksaan. Pensyarah dan sahabat2 anda tidak mengetahui tentang ketidakwujudan anda di sana. Anda juga sudah lupa dengan pesanan pensyarah anda.

Walau setakat mana pun ketidakupayaan anda untuk berjalan ataupun bercakap, kuatkan lah sedikit daya anda untuk inform kepada mereka bahawa anda tidak berupaya untuk menghadiri paper pada hari tersebut. Namun, janganlah dijadikan sebagai alasan untuk kita melewah2kan hal demikian. Jangan pula anggap, ketidakhadiran anda ke dewan peperiksaan itu sebagaimana ketidakhadiran anda ke kuliah. Itu dilihat dari sudut yang berbeza.

Malah pada hari kuliah pun, perlu juga disertakan surat MC yang menunjukkan bahawa anda tidak menghadiri kuliah dan ketidakhadiran anda akan dikecualikan. Dalam kes hari peperiksaan ini, ianya adalah suatu yang sangat penting. Jika anda tidak hadir dengn tanpa sebarang alasan yang munsabah dan dibekalkan dengan bukti, kemungkinan anda terselamat daripada mengulang paper tersebut. Seandainya tidak, maka bersedialah berhadapan dengan tempoh pengulangan selama satu sem lagi.

Bukan mudah untuk kita korbankan masa yang sangat lama dengan hanya satu subjek untuk dibelajar balik pada satu2 masa tertentu. Kita perlu fokus pada subjek yang lain dan komitmen yang diberikan harus lebih daripada biasa. Kebarangkalian ini semua tidak dapat dijangka oleh akal fikiran kita. Kita hanya merancang, ALLAH Taala saja yang menentukan.


Ujian dari ALLAH Taala juga adalah diluar jangkaan akal fikiran manusia. Apa yang diharapkan terbaik, kadang2 tidak menjadi kenyataan. Bukan bermakna ALLAH sayang tapi peluang itu mungkin akan kita kecapi pada masa akan datang. Masyaqqah yang berlaku bukannya dipinta. Ujian sakit ; demam dan sebagainya itu adalah ketentuanNya. Redha dengan apa yang terjadi. Kita hanya merancang, ALLAH saja yang menentukan.


Kecelaruan akal fikiran tatkala ujian datang, membuatkan kita buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Perlunya ahli keluarga dan sahabat handai menjadi pembantu tatkala kita berada di dalam keadaan demikian. Minta nasihat dari mereka, manfaat apa yang diberi oleh mereka. Dan berfikir sama ada kata2 mereka itu sebenarnya boleh diguna pakai atau tidak. Dalam mencari sahabat juga perlulah yang baik, yang boleh membantu kita ketika kita susah dan sebagainya. Barulah semua masalah dapat diatasi dengan baik. Maklumkan pada sahabat anda tatkala anda memerlukan bantuan mereka. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Bubur takkan lagi kembali menjadi nasi. Anggap lah ianya cubaan dalam hidup. Ujian yang diberi oleh ALLAH Taala adalah menunjukkan bahawa ALLAH itu benar2 sayang akan hamba2Nya. Memberi kita kesedaran bahawa, perlunya ALLAH Taala ketika kita senang mahupun susah. Taqarrub denganNya lagi menambahkan rasa cinta padaNya ...

Buat sahabat, bincang dan atasi lah masalah mu itu dengan baik. Bawa berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab. Insyaallah. Innaallaha ma'ak ...


0 comments: