Sekadar Lelaki Biasa ...

Posted: Monday, May 3, 2010 by Unknown in
0

Menghayati bait-bait lagu dari band nasyid terbaru, Feelhoney. Agak terlayan perasaan aku dengan alunan lagu dan lirik tu. Penghayatan pada lirik lagu tu, membuatkan aku terifikir, tentang tingginya harapan seorang lelaki terhadap wanita yang mana menjadikan wanita itu adalah sandaran cinta yang terbaik dan peneman hidup untuk menemani kaum Adam sepanjang hidup mereka.

".. Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan

Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan

Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati

Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...

Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa

Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya ..."

Perkahwinan adalah suatu adalah suatu inti atau permulaan bagi membentuk sesebuah institusi kekeluargaan. Setiap manusia mempunyai hasrat untuk membentuk keluarga dan melahirkan zuriat-zuriat yang baik. Dan sejak dari kewujudan Nabi Adam A.S lagi, ALLAH S.W.T telah mengajarkannya berbagai perkara. Antaranya adalah mengajar pergaulan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan wanita melalui PERKAHWINAN sebagai penjamin martabat kemanusiaan.

Perkahwinan ini juga bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa meletakkan agama ISLAM sebagai tempat tertinggi. Ciri-ciri yang patut dimiliki oleh setiap pasangan perlu menjadi syarat agar rumah tangga yang bakal dibina berkekalan selamanya. Yang lelakinya mahukan yang seperti ini, yang wanitanya mahukan seperti itu dan ini dan sebagainya. Tidak salah memilih. Bagi lelaki, ada panduan disediakan oleh mereka.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud :

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat "

Dalam lirik lagu ini menceritakan bahawa, hasrat Adam terhadap Hawa yang mana mengharapkan hubungan mereka ditakrifkan sebagai halal disisi agama terhalang setelah mengetahui dirinya tidak setaraf atau tidak dapat dibandingkan kelebihan yang ada padaHawa. Dengan sifat luhur, budi pekerti yang baik dan keimanan yang ada pada Hawa membuatkan Adam merasa merendah diri dengan keupayaan diri dan mengangggap jahil pada pandangan mata Hawa. Mengakui dirinya adalah SEKADAR LELAKI BIASA. Mungkin Hawa menjadi miliknya tetapi sekadar di dalam khayalan. Bukannya di dunia yang nyata.

Ketidakmampuan dan keraguan Adam meluahkan perasaan cinta, kasih dan sayang pada Hawa membuatkan Adam terus berdoa, memohon pada ALLAH S.W.T, agar impian untuk memiliki seorang bidadari syurga dimakbulkanNya. Namun, doa Adam itu diteruskan dengan memohon pada Tuhan Maha Pencipta agar doa kebahagiaan mengiringi sepanjang hidup Hawa.


Indah jika cinta itu datang kepada kita. Namun, jika kita tidak menghargai, memilihara dan menjaganya nescaya rosak dan hilanglah cinta. Tidak salah untuk bercinta. Bercintalah dengan sesiapa pun. Cinta pada manusia, cinta pada ilmu, cinta pada alam sekitar cinta pada haiwan. Bercintalah. Namun perlu diingat bahawa, cinta itu semua adalah cinta yang hanya sementara dan tidak kekal untuk selamanya. Apakah cinta yang paling sejati? CINTA ALLAH lah lebih bermakna dan kekal abadi.

Seperti bait2 lagu INTEAM :

"... Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi ... "

Jangan melebihi dan melampaui batasan seandainya cinta itu menguasai diri. Jangan lupa pada ibu bapa, jangan lupa pada diri sendiri, pada rakan-rakan seperjuangan dan yang paling penting jangan lupa pada Pemberi Kurnia Cinta itu sendiri iaitu ALLAH yang Maha Agung. Besar sungguh nikmat yang ALLAH S.W.T kurniakan pada hamba-hambaNya.


Bijak mengendalikan perasaan. Jangan terlalu hanyut dibuai rasa indah cinta. Kebanyakan pasangan yang sedang dilamun cinta tidak memikirkan keadaan manusia disekelilingnya. Berpegangan tangan sedangkan perhubungan itu belum lagi ditakfsirkan sebagai HALAL disisi Islam. Berpelukan ditempat awam bersama pasangan yang bukan muhrim. Kononnya sayang, takut diusik orang! Kalau aku peluk dia, takde lah orang lain ambik. Dia selamat dalam dakapan aku! Huh!! Meluat aku dengar. Semua tu bohong!! Menunjuk2 pada khalayak umum bahawa "Akulah Kekasihmu" Huhuhu... (Emo ke?? tak kan?? Hehehe..)


Jika anda sayang dengan perhubungan yang dibina. Jagalah dengan baik. Seandainya mahu mendapat keberkatan dari ALLAH terutamanya, ibubapa juga perlu. Demi menjaga kemaslahatan diri dan masyarakat. Berpeganglah kepada agama, nescaya anda akan dirahmati.

0 comments: