Istiwa Azam @ 28 Mei 2010 ...

Posted: Saturday, May 22, 2010 by Wan Norsyahira Wan Ramli in
2

Masihkah kau ingat ??

Hhmm... duk belek2 diari aku tadi, terpandang catatan yang sememangnya by yearly la aku akan buat. Which is istiwa azam ; yang akan berlaku pada 28 Mei ni. Fenomena ni la yang pada pendapat aku, pada orang yang tak ade basic ilmu falak pun leh buat. Memang simple yang amat !! You can try by your own ... hehehe... betol aku cakap, dalam banyak2 aktiviti falak ni, yang ni r kire pada aku, expert giler r kalau nak wat ...=D

Kalau tak belajar di UDM dulu, aku tak akan tahu sampai sekarang macam mane nak tentukan arah kiblat ; kat tempat belajar, asrama mahupun rumah sendiri. Tapi lepas dapat tahu care2 nye, dapat la aku buat sendiri. By da way, let me introduce to you what Istiwa Azam is ... ok??

Istiwa azam ialah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit Ka'abah ketika melintasinya. Ianya berlaku 2x dalam setahun iaitu :

  • 28 Mei (5.16 petang)
  • 16 Julai (5.28 petang)

Actually, korang leh ingat dengan mudah je tarikh2 ni. Kalau 28 Mei (5.16 pm) then, 16 Julai (5.28 pm). Tertukar waktu ?? Tak kan punye sebab korang leh ingat 2 no terakhir kat waktu pada setiap tarikh tu. Senang dan mudah ... kan??


Kaedah penyemakan :
  1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya
  2. Pastikan tiang tersebut lurus dan tegak
  3. Tempatyang dilipih untuk menyemak arah kiblat adalah terlindung dari sinaran matahari
  4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang dintunjukkan oleh tiang berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana Matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.
  5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang bendera, tiang lampu dan sisi rumah yang diykini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.
Jangan pulak ade yang keliru bila isu nak menyemak arah kiblat ni diuar2kan yang mana arah kiblat sentiasa berubah. Ini semua tak benar. Ka'abah tu berubah ke??? Tak kan?? Ianya tetap & statik. Kita je yang merubah. Oleh itu, kiblat tidaklah berubah.


Yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat ni ialah bagi mereka yang tak pernah lagi buat atau mencuba ataupun mungkin hanya untuk sekadar buat research. Pada yang dah pernah buat sebelum ni, untuk menyemak kembali seandainya ada keraguan dan kekeliruan, itu adalah perlu.

So, mane2 yang ade kelapangan dan berminat untuk mencuba kaedah istiwa azam ini, boleh la mencubanya. Tak susah... ALLAH S.W.T kurniakan sesuatu ilmu itu untuk kita tuntut dan tak rugi untuk kita dalaminya dan yang pasti ianya bukanlah suatu ilmu yang sia-sia.

Yang mana sebelum ni, sudah beranggapan bahawa kiblat di tempat anda tinggal adalah benar, dan pada hakikatnya adalah ................. ??? hhhmm.. apa kate guna kaedah ini bagi menghilangkan perasaan zhon tersebut ... ok?? Ini juga adalah untuk menjaga kemaslahatan ummat seluruhnya dan orang yang terdekat dan disekeliling kita utamanya ... =)

2 comments:

  1. 1 lagi keistimewaan 28 MEI... besday k.yam hehehe =)

  1. hehehe.. ya btol!!! 10 markh!! =D